Pepatah
Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi
orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Apa tidaknya, ramai
kalangan guru kekal pada takuk lama kerana rutin kerja yang
diamanahkan pihak ‘stake-holder’, demi melahirkan generasi
ataupun modal insan kelas pertama dari segi budaya, agama, sahsiah
dan pemikiran.Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana
jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar
bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar
diri demi kebahagiaan anak muridnya.
Profesion
keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu
lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai
pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal.
Bagaimanapun
kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses
pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka
melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif
dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta
membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca
pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak
bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan
pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan
dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing
pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.
Betul
kata pujangga Usman Awang yang menulis baik keramat bahawa setiap
kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada
guru.Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik
mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan
kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. Inilah satu
lagi peranan guru - sebagai seorang pembangun negara. Ini kerana di
bawah jagaannya adalah sekumpulan manusia muda yang akan diasuh dan
dididik supaya menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan
berguna. Justeru, fokus guru adalah lebih daripada pembelajaran.
Ia
melibatkan pendidikan meliputi segala aspek meliputi pembangunan
mental, fizikal, emosi, sosial dan psikologi. Guru harus berperanan
untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan
guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah
negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian
besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan
bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari
sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru
juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada
bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial,
kedaerahan dan politik.
Seorang
ahli psikologi Barat pernah menganalogikan seorang guru yang pintar
ibarat ‘walking dictionary’ kerana peranannya memberi arah kepada
orang yang ingin bertanya sesuatu.Pun begitu, seorang guru yang
proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan
dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme
masing-masing.Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik
sebagai berkata bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar
muridnya seperti mana dia mahukan anak murid mengajarnya.
Malah
guru yang berpendirian profesional dalam tingkah lakunya dengan
memegang kepada nilai-nilai akhlak dan etika yang positif
berkemungkinan mampu mempengaruhi pelajarnya daripada ibu bapa mereka
sendiri. Bagi memantapkan profesionalismenya, adalah penting guru
menjalani latihan sebelum perkhidmatan. Pendedahan awal ini
mendedahkan guru dengan pelbagai kaedah dan kemahiran pengajaran yang
perlu seorang guru miliki. Bagaimanapun, latihan tidak terhad kepada
sebelum perkhidmatan semata-mata. Dalam semua aspek keguruan, ilmu
pengetahuan adalah lebih luas dan mendalam hasil usaha penyelidikan
dan diskusi guru-guru pengetahuan.
Selain
itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu
ditimbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan
kepada pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan
kejayaan Malaysia meningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru ijazah
akan bertugas sehingga ke sekolah rendah. Memandangkan guru memainkan
peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang
begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum
dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa
perkhidmatan.
Justeru
langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan
kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah
kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan
pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah
biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah
kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.
Bagaimanapun dorongan ini perlu selari dengan insentif untuk terus
menyuburkan minat dan kompetensi guru dengan menyediakan Hadiah
Pergerakan Gaji umpamanya bagi guru yang mempunyai kelayakan akademik
yang lebih tinggi seperti sarjana, Phd dan sebagainya.
Di
samping itu, cabaran kini, guru juga perlu mempunyai dan mengamalkan
sifat-sifat tingkah laku yang positif. Di samping memperakui akan
kepentingan guru, penganugerahan status ini akan dapat menarik
calon-calon yang lebih terpelajar dan lebih berkelayakan memohon
menjadi guru dan seterusnya akan membantu negara memperoleh kejayaan
yang lebih besar yang tidak dapat dinilai. Benarlah Islam meletakkan
profesion guru itu tinggi darjatnya.
Hakikat
ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat
hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar
sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang
mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam
menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh
berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul
bagi mengharungi cabaran masa hadapan.
Cabaran
guru masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran global dengan
mengandungkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang
berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung
secara lebih bijak dan berhati-hati. Guru masa kini harus melihat
kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak mentafsir
kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi rakyat,
kurikulum yang menjadi intipati kemajuan dan perpaduan ialah
integrasi antara kaum.
Bentuk
kurikulum yang usang dan difikirkan kurang menyumbang kepada kemajuan
negara bangsa harus diberi nafas baru atau digubal semula agar
penampilannya lebih segar sebagai agen kemajuan dan pembangunan 2020.
Perguruan
adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan konsep
keperibadian yang mulia dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan sosial. Profesionalisme perguruan didefinisikan kepakaran tinggi
dalam kedudukan seseorang. Profesionalisme meliputi beberapa nilai
kerja seperti mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Mutu
pendidikan dilihat menerusi keberkesanan dalam penggunaan sumber yang
secukupnya. Ia amat mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan murid
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia juga
mempengaruhi pencapaian murid dalam bidang akedemik tertentu.
Ini
dapat dilihat melalui pengurusannya yang bercorakkan budaya korporat
dan pengurusan bisnes di mana ia mementingkan kawalan mutu secara
menyeluruh dan pengurusannya pula adalah menuju ke arah mewujudkan
satu system pendidikan yang mantap dan canggih. Faktor utama yang
menentukan perubahan dalam sistem pendidikan hari ini ialah impak
globalisasi dan usaha sama dalam bidang sains dan teknologi. Ini
jelas termaktub dalam dokumen-dokumen rasmi Rancangan Malaysia yang
ketujuh. Pelbagai aspek harus diberi perhatian sewajarnya bagi
pengekalan kualiti sistem pendidikan pada peringkat makro mahupun
pada peringkat mikro.
Kajian
dan analisis harus dijalankan bagi mengesan kelas dan tahap
ketidakimbangan dalam system pendidikan agar langkah diimbangi semula
dan altenatif dapat dirumuskan serta dilaksanakan sebaik mungkin.
Secara terperincinya, istilah kualiti atau mutu pendidikan tidak
asing lagi bagi kita.
Ia
merangkumi standard atau taraf pembelajaran, keberkesanan pengajaran
di dalam kelas oleh guru, kelicinan pengurusan, kepuasan kerja di
kalangan guru-guru dan murid-murid, kesesuaian dan kebergunaan ilmu
dan kemahiran-kemahiran yang diperolehi daripada sekolah dan
institusi pengajian tinggi, perasaan yakin pada diri sendiri,
perasaan yakin diri untuk bertanding, perasaan banggakan Negara,
bangsa dan budaya, megahkan pencapaian negara termasuk pengiktirafan
yang diperolehi oleh pemimpin-pemimpin negara dan sebagainya. Pendek
kata aspek kuantiti perlulah selari dengan pembangunan dari segi
kualiti pendidikan.
Cabaran-cabaran
utama dalam profesionalisme perguruan ialah keperluan model atau mod
– mod baru dalam sistem mengajar dan belajar. Sebuah negara maju
adalah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang boleh
mengadaptasi dan berubah perjalanan sistem pengajaran dan
pembelajarannya.
Inovasi,
reka cipta atau kreativiti bukan lagi merupakan istilah janggal
dalam proses mengajar dan belajar. Jangkaan hidup pada zaman moden,
kepesatan perkembangan teknologi dan perkembangan ilmu dalam pelbagai
bidang memerlukan formulasi falsafah, matlamat, objektif dan prosedur
yang baru supaya kesemua ini dapat memperkukuhkan lagi apa yang sudah
terasas.
Merevolusikan
seluruh sistem pendidikan bukan sebahagian kecil sahaja selepas
sesuatu tempoh jangka masa panjang amat perlu bagi membasmi seleruh
penyakit dan kelemahan yang wujud dan mencengkam sistem pendidikan
itu. Pembaharuan perlu melibatkan komponen struktur, infrastuktur,
agihan tenaga kerja, prosedur, proses dan penekanan agar dapat
melahirkan satu sistem baru yang mampu bertahan dalam sesuatu tempoh
jangka masa yang akan datang.
Keengganan
membaharui atau kadangkala melihat keperluan bagi membuat pembaharuan
merupakan satu sikap ortodoks yang merugikan. Pembaharuan penting
supaya sistem menjadi relevan dan tidak lapuk serta ketinggalan
zaman. Inovasi juga adalah sinonim dengan globalisasi. Jika
dianalisisi secara rapi, semua aspek dalam sistem pendidikan perlu
diubah atau diinovasikan.
Aspek-aspek
ini termasuklah sistem disiplin murid, kepimpinan guru besar, bahan
alat mengajar, corak pengukuran dan penilaian serta cara pemikiran
dan pemerhatian guru, murid dan pihak pengurusan. Perubahan paradigma
dan ‘mind set’ guru dan pihak pentadbir amatlah diperlukan kerana
ia merupakan penggerak utama sesuatu idea baru dan inovasi tersebut.
Guru-guru dan pihak pentadbir / pengurus perlu bersikap lebih
terbuka, bersedia mendengar dan berganding bahu untuk cuba keluar
daripada amalan atau garis bertindak paradigma yang lama. Ini juga
merupakan cabaran yang akan dihadapi oleh saya.
Awal
tahun 1997, Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang dikenali
sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mempopularkan konsep
sekolah bestari atau ‘smart school’ iaitu satu konsep
persekolahan yang inovatif. Namun begitu, konsep ini kekal tercatat
di dalam dokumen-dokumen rasmi jika ia tidak dioperasikan. Tanpa
pelaksanaan dan perubahan amalan, ia tidak dapat member sebarang
kesan positif serta tidak menimbulkan apa apa perubahan kepada sistem
pendidikan di Malaysia.
Cabaran-cabaran
yang utama dalam profesionalisme perguruan yang seterusnya ialah imej
dan usaha gigih guru. Guru-guru merupakn tonggak kejayaan murid-murid
dan para pensyarah di institusi-institusi pengajian tinggi serta
berpengaruh dalam melahirkan golongan intelektual dan professional
yang diperlukan oleh negara. Namun, status dan penghormatan
masyarakat terhadap golongan pendidik tidak mencerminkan kepentingan
peranan yang mereka mainkan.
Ini
dapat dilihat apabila guru dianggap berada di hierarki pekerjaan yang
paling rendah, sedangkan pensyarah di institusi-institusi pengajian
tinggi pula terutama bagi bidang-bidang kritikal seperti bidang
perubatan dan kejuruteraan, rata-rata merasaskan khidmat mereka tidak
dinilai setimpal dengan penghargaan dan penilaian yang diberikan oleh
pihak swasta.
Faktor
masa persekolahan harian merupakan faktor utama yang mendesak
penglibatan murid-murid dan guru. Penampalan superficial ke atas
sebahagian kecil daripada sistem, misalnya kepada komponen lembut
seperti kurikulum sahaja, tidak akan memberikan ganjaran yang
diharapkan. Ini kerana sebahagian besar daripada sistem itu masih
pada bentuk dan identiti yang lain. Amalan persekolahan dua sesi,
sesi pagi dan sesi petang yang telah berjalan sejak lebih daripada 25
tahun yang lalu, sememangnya memendekkan masa persekolahan harian.
Akibatnya
murid-murid dan guru terlalu sedar akan kesuntukan masa belajar atau
berinteraksi dalam bilik darjah dan sekolah. Keberatan masalah ini
ditambah oleh skop bidang pelajaran yang luas. Fenomena kekangan masa
dan sindrom exam-oriented menekan murid-murid dalam proses
pembelajaran kerana mereka belajar untuk mendapatkan kredit yang baik
dalam peperiksaan. Akibatnya murid-murid tidak mempunyai semangat
belajar untuk menimba ilmu dan menjadi orang yang terdidik.
Seterusnya
murid-murid kurang motivasi, minat, dedikasi dan inovasi semasa
mereka belajar di sekolah. Pelajaran dipelajari secara hafal dan
sikap positif dalam mencari ilmu seperti sikap suka membaca kian
pupus mengikut masa di mana semakin lama mereka bersekolah semakin
lemah keyakinan mereka terhadap matlamat pembelajaran dan
persekolahan. Selain daripada ganjaran material, kepuasan dan
motivasi kerja di kalangan guru juga tidak berada di tahap optimum
atau maksimum. Ramai guru yang berasa kecewa dengan berleluasanya
gejala sosial di kalangan remaja sejak di bangku sekolah lagi.
Perkara yang lagi mengecewakan ialah ataupun menyedihkan ialah
sebahagian daripada mereka masih berada di bangku sekolah lagi.
Warga
guru lebih tertekan apabila masyarakat menudung jari dan
mempersalahkan para guru yang silap memberikan didikan formal kepada
anak-anak muda zaman sekarang. Sungguhpun begitu, para guru harus
berfikir sejauh mana mereka akan terus kekal berkhidmat cemerlang dan
penuh iltizam serta dedikasi di bidang perguruan sekiranya status dan
imej mereka dipertingkatkan. Guru sebagai pembimbing harus
membimbing anak muridnya dengan penuh kasih sayang tanpa mengira
kaum, agama dan bangsa. Guru harus menganggap anak muridnya sebagai
anak sendiri. Layanan yang diberikan pada setiap murid haruslah sama
dan saksama.
Kurikulum
adalah berpusatkan mata pelajaran. Di peringkat sekolah rendah,
fokusnya dalah terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Peranan guru adalah sangat penting. Guru adalah sebagai
pakar yang menguasai bidangnya sebagai role model. Oleh itu, guru
perlu dihormati kerana kepakaran dan kewibawaannya. Sekolah adalah
sebagai tempat dimana pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran,
nilai dan sikap bagi menyediakan mereka menjadi ahli masyarakat yang
berguna. Peranan guru adalah sebagai fasilitator atau pembimbing yang
akan membantu pelajar dalam aktiviti atau mencari jalan penyelesaian
terhadap sesuatu masalah.
Sebagai
guru, saya sedar tujuan pendidikan adalah untuk menyedarkan pelajar
tentang masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku
dalam masyarakat. Saya sedar peranan guru adalah sebagai pembimbing
iaitu membimbing pelajar agar sedar dan dapat mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh masyarakat. Seterusnya, pelajar dibimbing serta
dilatih untuk menyelesaikan masalah agar mereka memperoleh kemahiran
dalam mengatasi masalah yang dihadapi pada masa kelak. Peranan
sekolah adalah sebagai agensi utama dalam pembinaan semula masyarakat
yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi mahupun politik sesuai
dengan masyarakat akan datang.
Saya
sedar tanggungjawab yang dipikul oleh saya amatlah besar. Saya harus
bersedia mengharungi segala cabaran yang dinyatakan di atas tadi bagi
melahirkan anak murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Gurulah
yang menjadi penyumbang kepada pembangunan negara kerana mereka
bertungkus lumus mendidik anak muridnya supaya mencapai kejayaan
dalam pendidikan dan kerjayanya.
Saya
sebagai warga pendidik harus mengamalkan nilai-nilai seperti bersikap
neutral, mampu mengendalikan diri mahupun situasi, berfikiran kreatif
dan berperancangan, mampu mengendalikan perubahan, optimistik dan
mampu mengkomunikasikan sifat positif secara efektif. Semoga warga
guru bersedia mengharungi dunia pendidikan yang penuh dengan pelbagai
cabaran. Lagipun kini, sistem pendidikan mengalami banyak perubahan
secara mendadak. Perubahan yang kian mengambil alih bersamaan dengan
era globalisasi harus dirintangi oleh guru. Jangan lupa akan
tanggungjawab golongan guru. Gurulah peneraju pendidikan. Berbakti
pada nusa, bangsa dan negara. Itulah pedoman hidup guru.