KATA
KERJA
Kata kerja terbahagi
kepada :
A. Kata Kerja
Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak
Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A.
Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja
Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada
benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (
objek ).
2. Ayat ini mesti
ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini
biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau
sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan,
membacakan, menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja
transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata
nama. Contohnya: Atan mendengar radio.
‑ mendengar
ialah kata kerja transitif
‑ radio ialah
objek (kata nama)
2. Kata kerja
transitif menggunakan imbuhan men‑, men ...i, men ...kan,
memper‑, memper...i, dan memper...kan.
Contoh ayat :
1. Kucing itu
menangkap seekor burung.
2. perempuan itu
menjual sayur.
3. Bapa sedang
menulis surat.
Dalam ayat pertama
Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor
burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua
Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur
ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga
Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah
benda yang kena buat atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala
ikan.
(b) Orang ramai
diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak
harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka
memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk
memperbaiki mutu lakonan anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls
mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek
( pembuat )
|
Kata
kerja transitif
|
penyambut
( Objek )
|
Dia
suka
|
membaca
|
buku
|
Jamilah
|
memukul
|
seekor
ular
|
Abidin
|
menjual
|
kuih-muih
|
Ramli
|
berjalan
|
ke
sekolah
|
Kereta
itu
|
melanggar
|
seekor
lembu
|
B.
Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak
transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu
sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau
orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya :
1. Mereka berjalan
pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang
tidur.
3. Hujan turun
dengan lebatnya semalam.
- Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
- Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
- Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek
( pembuat )
|
Kata
kerja tak Transitif
|
keterangan
|
Kami
|
mandi
|
di
tasek itu.
|
Dia
|
senyum
|
semasa
berjalan
|
Saya
|
menyanyi
|
dengan
kuat
|
Hassan
|
berjalan
|
ke
sekolah
|
Kata Kerja Tak
Transitif
1. Kata kerja tak
transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat,
yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak
transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑,
men‑, ter‑, ber... an dan ber...kan.
3. Contohnya:
(a) Ravi belum
datang lagi.
(b) Murid‑murid
sedang belajar.
(c) Sungai itu
mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja
tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah
‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka
menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang
menidurkan adik.
3. Pekerja itu
menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti
perbualan mereka.
5. Saya sudahi
syarahan saya ini dengan ucapan salam.
C)
Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif
ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi
yang tidak berawalan men‑.
Contohnya: angkat, atasi, berikan,
percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis
kata kerja pasif.
(a) kata kerja pasif
diri pertama
(b) kata kerja
pasif diri kedua
(c) kata kerja
pasif diri
:-)
ReplyDelete